Entry ni secara live dari Sime Darby Medical Centre..Room 308..Aku dah berkampung kat sini since yesterday lagi..dan mungkin akan discharges lagi 3..4 hari...xoxoxo..sehari jer dh lemauuu...
Isyraf start demam last friday...on off demam dia..aku dah bawak klinik 2 kali..tak jalan jgk..ubat & antibiotik pun dah habis makan...standard bila si adik demam..esok2 kakaknya pulak demam..mmg confirm!! Akupun terjangkit jgk...Medical leave monday tu...nk taking care this two kids skali..maklumlar maid takde..MIL yg nk datang menjaga budak2 ni pun demam jgk..aduusssss...mana lar ummi nk letak korang ni...rupanya2 smlm berjamaah kita check in hospital ni..kuikuikui
Pukul 7pg smlm dah tak blh nk tunggu lagi coz badan dorang panas sgt..muntah2..so we decide bawak jer lar ke SDMC Subang Jaya..sampai sana doctor check then terus addmitted..tp coz room penuh..kita ditukarkan ker SDMC Ara Damansara...lagi bagus..coz kat sini hospital baru..semua baru...nurse jer lama2..hehehe..after done x-ray..blood test..urine test..mcm2 test lagi lar...confirm Lung Infection...SubhanaAllah..terkejut kami laki bini..kata doctor, virus ni mungkin dapat masa we all bawak dorang ni keluar..or jangkit dari seseorang...aku suspek dari bibik baru aku yg nama Sei tu..mmg seitan..Bebudak ni dh hydrated sampai terpaksa pasang drip kat tangan coz nk masukkan antibiotik and water..tapi anak ummi cool..mcm cool-blog tu..tak naness pun cocok jarum..ummi yg nanes leleh2 air mata..sob..sob..sob..
gigih sungguh sikakak..sakit2 pun nk mewarna jgk
Tgk larrr...dah mcm pelarian nepal pulak rasanya..
this part yg aku tak suka..smlm drip tangan lain..hari ni drip tangan lain pulak..tak paham aku dorang ni..kesian anak2 ummi dua2 belah tangan sakit...
We all terpaksa lar tidur kat tgh2 tu..bila dorang nk kecing terpaksa off drip tolak bawak ke toilet..coz bebudak ni dah tak nak pakai pampers..nurse plk akan visit every 3 hour, so, kesimpulannya mmg aku tak tidur dari smlm uollss..dingdong2 dah kepala aku..kalau korang tanya 1+1 pun aku tak dpt jawab..sumpah!! hahaha..then pagi tadi sakit kepala dan sakit tekak semakin kronik..terpaksa bawak diri sendiri ke Emergency room kat bawah ni, then dapat MC 3 days..mmm..jangan lar aku plk yg addmitted lepas ni..parahhh.
uolls doakan anak GF cepat sembuh ya..
Sedikit info mengenai Lung Infection..sumber dari Pa&Ma..
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia.
Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan
seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada
paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan
tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.
Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit
Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
♦ Batuk pneumonia
Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.
5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Pssttt : Maid baru GF dah sampai..esok nk ambik dia..harap2 ok larr..
5 comments:
Semoga cepat sembuh sayanggggggggggggggg!
alahaii.. tes, cian nya kat lu.
sabar je laa, aku pn penah pening dingdong mcm lu masa rayyan admitted dulu. huhuhu
get well soon dear...
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....
thanks uollsss..
Post a Comment